CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

06 Februari 2010

KEPUTUSAN BOLA SEPAK SEMALAM....

KUALA LUMPUR - Perak menyingkirkan Perlis dari saingan Piala FA apabila menang 2-1 pada perlawanan kedua pusingan pertama, di Stadium Perak, Ipoh semalam.

Saufi Sa'aidi memastikan kemaraan pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ketujuh dan ke-26.

Mohd. Noor Hazrul Mustafa cuba merapatkan kedudukan untuk Perlis dengan jaringan pada minit ke-74.

Perlawanan berlangsung penuh tegang apabila empat pemain dibuang padang iaitu Hafiz Abdul Rahman dan K. Nanthakumar (Perak), Azmizi Azmi dan Wan Mohd. Shukri Wan Ahmad (Perlis).

Satu lagi pasukan dari Liga Super, Pahang turut tersingkir apabila tewas pada perlawanan kedua kepada Felda United 3-1 untuk agregat 4-2 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.

Hasrat Harimau Muda untuk mara ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila tewas 3-1 kepada KL Plus.

KL PLUS mara ke pusingan kedua setelah mencatat kemenangan agregat 4-3.

Terengganu berjaya mara ke pusingan kedua selepas menang 3-0 ke atas USM FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pasukan bimbingan Ifran Bakti Abu Salim itu membuka jaringan melalui Hariri Mohd Safii pada minit ke-35.

Pemain kebangsaan, Abdul Manaf Mamat menambah gol kedua pada minit ke-79, sebelum Ashaari Shamsuddin melengkapkan kemenangan bergaya Terengganu dengan gol ketiga empat minit sebelum perlawanan tamat.

Jaringan hatrik Abdul Hadi Yahya pada minit ke-17, ke-48 dan ke-52 berjaya membawa T-Team mara ke pusingan kedua, selepas menang 3-0 untuk agregat 4-0 ke atas Shahzan Muda, di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Turut mara ialah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menang perlawanan kedua 3-1 (agregat 6-1), diiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan agregat 6-2 ke atas Melodi Jaya selepas menang perlawanan pertama 5-1.

Di Stadium Sarawak, jaringan minit akhir menerusi sepakan penalti Abang Za'afari Abang Othman, membolehkan Sarawak mara ke pusingan kedua atas kelebihan jaringan di tempat lawan, pada perlawanan pusingan pertama mereka tewas tipis 2-1 (agregat 2-2).

Pasukan lain yang berjaya melangkah ke pusingan kedua ialah PKNS, Pos Malaysia, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Kedah.

...... N.S menang lawan PDRM.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K0mEn...


MIOU