CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

11 Jun 2011

ESOK DAH NAK BALIK!!

         Assalamualaikum.... huhuhu sedihnyee.. esok dah nak balik asrama dah.. rasa cam baru je cuti. dah kena balik..cepatnya masa berlalu. so lepas ni kena kemas2 dan buat persediaan apa yang patut.. heee,,, tak bestnya!! Lepas ni ntah bila lagi boleh bukak internet.. 2 minggu lagilah nampaknyaaaaaa....


03 Jun 2011

CATATAN MASA CUTI..

            
        Assalamualaikum.... apa khabar?? Selamat bercuti!!! walaupun dah seminggu berlalu.. sebenarnya x bercadang pun nak update blog nie... tapi oleh sebab kak shida suruh so kita update jugak lah nampaknya.. hohohoooo. Kerja rumah banyak lagi ni.. aduh!!!

      Sebenarnya x idea pon nak tulis apewww.. puas tadi dok memerah otak.hehehe. Oppppsss..  ade sesuatu yg akan dijadikan mangsa di depan mata! nak tau ape? dia kecik je tapi gemok! comel dan bernafas! tapi.... dia tengah tido!! x pelah kacau skejap.. SOORRY GEMOK!!!!!!





tido jerr... xdek keje lain ker


mungkin mengalami sedikit kekejangan sebab dikejutkan drpd tido

ha!!!!! terkejut

....??????????????.....

jbvdujvduivvk kkjhvsu!!!!

sedapnya tido atas tilam...

last season...






     

02 April 2011

17 Mac 2011

TAHNIAH...

Assalamualaikum.... tahniah diucapkan kpd Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya mengalahkan Lin Dan!!
Semoga lepas ni boleh menang lagi... hahah..  kalau dulu asyik kalah je dgn Lin Dan ni. Brapa kali je menang.. Xtaula camne leh menang lak... errmm... tapi x pela.. Bagus!! he3..

13 Mac 2011

Catatan Baru

My friends *kak shida

       Assalamualaikum... Apa khabar?? Lama dah x  update blog.. sibuk memanjang. Cuti seminggu ni leh lah  gak on9.. Tp, nama je cuti sekolah tapi bukan cuti kerja rumah..
Ok. Nak cite pasal skolah baru..xde la baru sgt.. dah 3 bulan. Eerrrmm... Antara kawan2 baik di sana ialah... Haidah, Ain, Izzaty, Nurin, Izzah, Sabrina, Raihanah, Hafizah, Afiqah, Anisa, Husnina, Intan dan ramai lagi... Sorry ye x sempat nk tulissss..

1 Ibnu Sina.. Seramai 28 org murid iaitu 17 org puteri dan 11 org putera... Kira penuh la jugak kelas tu... Ketua tingkatan  Lokman. Penolong k.tingkatan Athirah. Dan semua org2 bawahnya....

Hari  tu baru je habis ujian bulan 2.. Ujian tu selama 3 hari.. Ujian pertama paling tinggi 7A 2B.. bagus la tu.. 1 Sina kira bagus la gak.  Sbb apa?? Sbb.... Raihanah dapat nombor 1 dalam tingkatan.. haa.... Walaupun Sina kelas terbawah, tapi Sina gak yg no 1.

Okla.. habis bab tu.Masuk bab baru. Bench form1 tahun ni rami yg pergi Umrah.. Wah bestnya! Terasa nak pergi lagi jerrr.... InsyaAllah pergi Haji plak nanti.. InsyaAllah. Doa-doakan ye!!   Kpd yg dah pergi, tengah pergi atau akan pergi selamat menunaikan Umrah.. Semoga sihat2 selau..   Doakan kawan2 di sini yer!!! Terima kasih..

Huh... kerja skolah x siap lagi ni. Aduhai, camne ni??? Bukan malas cuma x de idea la sekarang.. Ni tengah mencari ilham la ni.. he3. Msa tahun6 senang sikit.. Ni dah form1 ayat kena panjang2.. hhhhhhuuuu...

29 Disember 2010

SEKOLAH BARU...

Asslamualaikum.... tahun baru, sekolah pun baru.. Tahun depan saya akan bersekolah di SMK Agama Pedas.. Akhirnya terjawab jugalah teka teki dimana sekolah saya pada tahun hadapan.. Gembira, takut, risau, dan segalanya bermain di fikiran.... hahahaha.. Nak tau apa jadi nanti? Tunggulah 5/1/11 hari pendaftaran nanti... okla... byeeee


26 Disember 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN PIALA AFF SUZUKI 2010



Assalamualaikum.... yeah!!! Malaysia akhirnya menang dengan agregat 4-2.Walaupun Indonesia jaringkan 2 gol di Bung Karno.. Malaysia tetap menang!!! Tahniah.. DAn.... oleh sebab kita itu juga, PM beri kita cuti esok.. Tapi bagi yg memang dah cuti macam saya ni...... cuti gak la... hahaha.



Terima Kasih!!


...................



Bila dah kalah macam2 lah jadinya kat Indonesia.. Antara yang dipetik dari Berita Harian


"PELBAGAI cara dicari media Indonesia untuk mencetus rasa marah penyokong Malaysia di Jakarta. Antaranya ada yang menyebut dengan bebas bahawa pemain sayap negara, S Kunanlan adalah pemain import dari India."

Import dari India???


...................


Tahniah juga diucapkan kepada Safee Sali kerana dinobatkan pemenang kasut emas..


“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang mencipta peluang kepada saya.Pada awal kejohanan saya tidak yakin dapat menjulang piala ini, tetapi selepas beberapa perlawanan, keyakinan saya memuncak untuk muncul juara.
-- Safee

...................




Persembahan cemerlang penjaga gawang Malaysia Khairul Fahmi Che Mat bukan sekadar mampu menarik peminat baru ke akaun Facebook beliau, malah menempatkannya di kedudukan kelima tertinggi di seluruh dunia bagi trend terkini rangkaian sosial Twitter.
Dalam tempoh sejam, penjaga gawang kelahiran Kelantan yang sebelum ini tidak begitu dikenali, meningkat secara mendadak ke tempat kelima, menumpaskan ''Support Timnas'', yang menyokong pasukan bola sepak Indonesia.
Fahmi juga menjadi topik paling popular untuk Twitter di Indonesia.



...................


ANtara gambar2 AFF Suzuki....



Sebahagian penyokong sempat bergambar ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jakarta bagi menyaksikan perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno.

...................


PEMAIN Malaysia, S Kunalan dijatuhkan penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil.


...................



Sebahagian penyokong Malaysia dan Indonesia bersorak sebelum memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dengan Indonesia.

...................




Sebahagian penyokong Indonesia...
................


Oklah... sampai sini sajalah... Apapun, Malaysia Boleh.. Tahinah TAhniah Tahniah...
Akhir kata ...Majulah Sukan Untuk Negara...

Wassalam...

MIOU