CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

30 Ogos 2009

25 Ogos 2009

MACAM-MACAM RAYA..

Di Malaysia ni ade macam-macam raya..
Contohnya......
Jalan Raya
Kota Raya
Pudu Raya
Balai Raya
Lebuh Raya
Bandar Raya
Pasar Raya
Hantu Raya
Dan yang paling best ialah
HARI RAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

24 Ogos 2009

UNTUK GELAK JE..

Pada suatu hari, Syeela terlanggar seorang pelancong berbanggsa Inggeris.

Syeela: I'm sorry.
Pelancong: I'm sorry too.
Syeela: I'm sorry three.
Pelancong: What are you sorry for?
Syeela: I'm sorry five.
Pelancong: Why you say so many sorry? Are you sick?
Syeela: I'm sorry seven.
Pelancong: ???!?

20 Ogos 2009

BISKUT SELOKA AIDILFITRI

Bahan-Bahannya:
250gm mentega
100gm gula aising
250gm tepung kentang
100gm tepung gandum
50gm nestum
150gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanila

Cara Memasak:
1. Pukul mentega, esen vanila dan gula aising hingga sebati.

2. Masukkan tepung kentang, tepung gandum, tepung jagung dan nestum. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.


3. Canai doh dan terap dengan acuan biskut. Paipkan atasnya dengan adunan biskut
Nurnilamsari . Letakkan ceri di atasnya.

4. Bakar pada suhu 180C selama 15 hingga 20 minit.













Dipetik dari buku 'rasa September'....

BIS KUT SELOKA AIDILFITRI

Bahan-Bahannya:
250gm mentega
100gm gula aising
250gm tepung kentang

15 Ogos 2009

MARI BELAJAR SILAP MATA



REBEN TIDAK PUTUS

Barang yang diperlukan:
i) reben
ii) gunting
iii) sampul surat

Cara membuatnya:
1. Gunting dan buang kedua-dua
tepi sampul surat supaya ia menjadi sarung
seperti yang ditunjukkan.

2. Masukkan reben kedalam sampul surat
tersebut dari satu hujung ke hujung yang satu lagi.

3. Pegang di bahagian tengah sebelah atas sampul surat tersebut dan gunting sampul surat
sehingga hampir terputus.

4. Pegang sampul surat itu dengan sebelah tangan dan tarik keluar reben itu perlahan-lahan
dengan sebelah tangan yang lagi satu.

5. Penonton akan terkejut apabila mendapati reben itu tidak terputus.

Rahsia Pertunjukkan:

Sebelum pertunjukkan, potong celah-celah pada 2 bahagian di belakang sampul surat.Celah-celah yang telah dipotong mestilah menghadap anda dan tidak dapat dilihat oleh penonton.Semasa anda memasukkan reben ke dalam sampul surat semasa pertunjukkan,pastika anda memasukkan reben tersebut seperti yang ditunjukkan.

Apabila anda menggunting sampul surat itu, masukkan bilah gunting di bahagian bawah itu antara sampul dan reben dan guntingkan sampul surat sehingga hampir terbelah dua.Pastikan anda tidak menggunting bahagian tengah reben.Pegang bahagian tengah di sebelah atas sampul surat dan tarik keluar reben itu perlahan-lahan tanpa melepaskan sampul surat itu.

Dipetik dari buku SILAP MATA oleh Jaffry dan TSP. Qally






12 Ogos 2009

MARI BELAJAR IKAN-IKAN

PENGALAMAN MENJADI JUTAWAN

"Aku kini bergelar jutawan. Impianku yang dahulunya dianggap angan-angan telah menjadi kenyataan. Aku bergelar jutawan melalui 'ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN POWER ROOT'. Aku boleh tinggal di rumah yang besar, memandu kereta yang mewah dan pelbagai lagi yang indah dan mewah.
Suatu hari aku pergi bercuti di Pulau Langkawi yang dahulunya menjadi tempat angan-anganku. Aku melihat permandangan yang indah dan menghirup udara yang sungguh nyaman sekali. Sungguh menggembirakan. Aku menginap di sana selama 3 hari 2 malam lamanya dan meninggalkan rumah banglo ku yang berada di tempat kediaman utama ku itu.
Apabila tiba masanya, aku balik ke rumah banglo ku itu. Sesampainya disana aku lihat hanya ada sebuah rumah batu yang berwarna putih krim sahaja. Tiba-tiba kedengaran suara orang memanggil namaku. Aku berpaling ke belakang. Ha! Sebiji batu berwarna hitam legam melekat di muka ku...
Aku tersedar dari tidur. Rupa-rupanya aku hanya bermimpi. Batu tersebut ialah bantaal ku yang dibaling oleh adik ku itu. Aku begitu marah padanya lalu membalingnya semula. Hati ku berasa kecewa dan sedih. Tiada lagi banglo, kereta mewaah dan lain-lain lagi nampaknya. Oh!!! Sungguh malang nsib ku ini... Hua hua huah..... aku menangis sendirian.. huuhuhuhuhuhu... "

SEBUAH CORETAN DARI DAIRY SESEORANG

11 Ogos 2009

08 Ogos 2009

SELAMAT DATANG


SELAMAT DATANG MARDHI UCAPKAN KEPADA YANG MELAYARI BLOG MARDHI INI..