CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

18 November 2009

PUZZLE

Jom kita main puzzle ni.. pilih easy..mediun.. atau hard... baik pilih yg senang je....!!!sengihnampakgigi kenyit....








15 November 2009

12 November 2009

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK..

Hari ni sekolah Mardhi menyambut hari kanak-kanak.. Sepatutnya 30/10 dulu tapi dah ditangguhkan jadilah hari ini..... sengihnampakgigi Tapi.. xde sukaneka..sighSbb padang basahh..hmmm... Ye!!! Ari ni dah dapat masukkan emoticon kat post entry... ni nampak ni? jelirstarrosblurbabaisurprisedHa.. banyak kan? sengihnampakgigi Semua ni blaja kat blog Almansuqie... hmmmm senyum... Pas ni xtau lagi la nak tambah ape.. Rasanye nak tambah background kat blog ni.. tapi x reti la... x paham yg die tulis tu... x pela. blaja lain kali la....
Eliene pindah dah.. Hari ni last.. Tadi lah.. Nasib baik sempat bagi die hadiah dan ambik gambar ngan die... peace heheheheh...Ape-pe pon buat Eliene ... Selamat Maju Jaya DiSekolah Baru....
celebratedoa

HATI....

05 November 2009

LABBAIKALLAH....!!

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!
Alhabib Greeting Card



Pergi Haji ertinya menuju Allah yg Esa
Memberi hati dan diri yg hina
Memberi hadiah kpd Allah
Berhati-hatilah menghadapnya..
Setiap hamba pergi Haji dgn segala yg baik
Hati yg baik akhlah yg baik
Harta yg halal hati yg bersih
Niat yg suci amal mulia...

Pergi Haji ilmu tentangnya mestilah ada
Agar syarat dan rukun tempat sempurna
Sah dan batalnya dapat dijaga
Agar amalan hajinya tidak sis-sia...
Tatatertib dan akhlak kenalah jaga
Buatlah dgn tenang serta tawadhuk
Sabar dan tolak ansur mestilah
Jgn berkasar merempuh manusia....

Tanah Haram jagalah pantang-larangnya
Pergi Haji bukannya masa utk membeli-belah
Beringatlah betulkanlah niat kita
Moga-moga haji kita diterima..

Jagalah pantang larangnya
Yg boleh rosakkan Haji
Jauhkan maksiat dan yg sia-sia
Takutkan Allh yg Esa
Ingat selalu padanya
Agar kita sentiasa
Memiliki jiwa hamba....................
SELAMAT MUNUNAIKAN HAJI!!

PIALA MALAYSIA 2009

Kelantan dan Negeri Sembilan kini memburu pengiktirafan tertinggi dalam kancah saingan bola sepak tempatan apabila turun beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Kedua-kedua pasukan kini semakin bersemangat dan teruja untuk menjulang edisi ke-84 piala berprestij itu sejak ia mula diperkenalkan pada 1921, iaitu 88 tahun lepas.

Untuk rekod, Kelantan belum pernah menjulang piala itu walaupun pernah beraksi pada dua perlawanan akhir, 1955 dan 1970 manakala Negeri Sembilan lebih bernasib baik apabila pernah menjulangnya pada 1948 ketika ia dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Walaupun Kelantan dilihat mempunyai kelebihan dan menjadi pilihan banyak pihak untuk menjulang Piala Malaysia pada perlawanan akhir Sabtu ini, peluang Negeri Sembilan juga tidak harus dinafikan.

Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan sendiri mengakui betapa Negeri Sembilan mempunyai kekuatan tersendiri kerana mempunyai beberapa pemain berpengalaman seperti Mohd Syukor Adan, Hairuddin Omar, Mohd Rezal Zambry Yahya dan Idris Karim.

"Kekuatan mereka pasti bertambah dengan percaturan pemain-pemain muda yang berbakat seperti S.Kunalan, Shahruin Abu Samah, Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

"Malah jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan sendiri telah bersama-sama dengan pasukan itu selama tiga tahun, jadi mereka kenal antara satu sama lain dengan rapat," katanya ketika ditemui semasa sesi bertemu peminat pemain Kelantan pada Khamis.

Sathianathan bagaimanapun berkata Kelantan juga telah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan akhir itu dengan semua pemain cergas sepenuhnya kecuali pemain pertahanan, Mohd Azlan Zainal yang cedera sebelum ini.

"Selain Mohd Azlan, semua pemain lain kini berusaha keras untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama," kata bekas jurulatih kebangsaan itu yang pernah membimbing skuad bawah 23 tahun kebangsaan menjulang Piala Pestabola Merdeka pada 2007.

Sathianathan yang dilantik menggantikan Peter James Butler bagi saingan Piala Malaysia pastinya akan memafaatkan sepenuhnya dua pemain berpengalaman iaitu Indra Putra Mahayuddin dan Mohd Norfarhan Mohamad yang masing-masing telah menjaringkan 10 dan 7 gol dalam saingan Piala Malaysia.

Sathianathan juga turut menolak tanggapan bahawa bilangan penyokong Kelantan yang ramai yang dianggarkan melebihi 60,000 orang akan memberi tekanan kepada pemainnya.

"Bilangan penyokong yang berpuluh ribu itu bukan sesuatu perkara yang baru kepada Kelantan kerana di mana-mana pun kita bermain, penyokong-penyokong ini tetap hadir memberikan sokongan.

"Apa yang penting apabila memasuki perlawanan akhir pemain-pemain perlu 'enjoy' dengan permainan malah rekod pertemuan menentang Negeri Sembilan sebelum ini juga sekadar rekod sahaja," katanya.

Kelantan dan Negeri Sembilan sepanjang musim ini pernah bertemu empat kali iaitu dua perlawanan Liga Super yang menyaksikan skuad Hobin Jang Hobin itu memenangi kedua-duanya dengan keputusan 2-1 dan 2-0.

Namun, Kelantan berjaya membalas dendam apabila menyingkirkan Negeri Sembilan pada separuh akhir Piala FA yang dijalankan secara timbal-balik dengan keputusan 2-2, namun Kelantan mara dengan kiraan gol di tempat lawan.

Sementara itu, Wan Jamak berkata kekuatan skuad 'The Red Warriors' terletak kepada penyokong setianya yang mengikut pasukan berkenaan ke mana-mana sahaja.

"Kelantan juga dibarisi dengan beberapa pemain berpengalaman seperti Indra Putra Mahayuddin, Mohd Khalid Jamlus dan Norfarhan Mohammad.

Tanpa menafikan peluang pasukannya untuk menamatkan penantian 61 tahun itu, Wan Jamak berkata kedua-dua pasukan sebenarnya memiliki peluang yang seimbang cuma pasukan mana yang mampu memafaatkan setiap peluang yang terhidang dan bermain dengan baik pasti akan menang.

"Aksi yang konsisten akan menjadi aset utama selain kekuatan mental dan disiplin yang tinggi di kalangan pemain Negeri Sembilan.

"Saya juga sentiasa mengingatkan mereka supaya memiliki mental yang kuat sebagaimana yang pernah dilakukan ketika memenangi perlawanan separuh akhir Piala FA, pusingan pertama di Kota Bharu walaupun berhadapan dengan ribuan penyokong lawan," katanya.

01 November 2009

ADAKAH ANDA BACA?

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"


"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"


"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu
lonjatan."


"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."


"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."


"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."


"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat.
Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."


"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."


"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran
dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."


"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."


"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."


"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."


"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."


"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan
kecemerlangan."