CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

31 Mac 2010

TEKA-TEKI

Assalamualikum... ari ni nk bagi 5 teka-teki Knp..... ha x banyak pon.. 5 jekkkk jawab jgn x jwb.......

  1. Knp Nobita x dtg Kota Bharu??
  2. Knp pokok mesti kita tebang?
  3. Knp hidung lembu sentiasa berair?
  4. Knp kalu kita jumpa kucing hitam kita x leh tegur die?
  5. Knp bangau tangkap ikan dlm sungai angkat satu kaki???

(Jwpn akan diberi kemudian..)

27 Mac 2010

KUCING OH KUCING..

Assalamualaikum.... Antara 2 ekor kucing ni mane lagi comel???? ha??????? yq nak tido ke panjat pokok??? he3... terpulanglah anda yg menilainye... ok? jadi... LU PIKIRLAH SENDIRI...


(A)

Hai! nak petik buah rambutan..?


(B)

Huh.. sedapnye kalo dpt tido ni...

20 Mac 2010

BOLA-BOLA N.S 3

N.S menang!! Agregat 3-2



  AIDIL Zafuan (kiri)   dicabar Pemain KL Plus,  Nizarddin Yusuf dalam saingan di Paroi, malam tadi. NS menang 3-1.

AIDIL Zafuan (kiri) dicabar Pemain KL Plus, Nizarddin Yusuf dalam saingan di Paroi, malam tadi. NS menang 3-1.


Terengganu iringi selepas harungi masa tambahan tundukkan T-Team


JUARA bertahan Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala FA selepas perlawanan suku akhir kedua, malam tadi.

Begitupun, tatkala tiga pasukan elit itu mara muda, pertemuan Terengganu dan T-Team terpaksa mengharungi masa tambahan selepas kedudukan agregat terikat 4-4 dalam perlawanan sebenar.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Abdul Manaf Mamat merapatkan jurang agregat kepada 3-2 dengan gol pertama Terengganu selepas bijak memperdayakan dua pertahanan T-Team dan meledakkan rembatan kaki kiri yang menewaskan penjaga gol, Shahril Shaari pada minit ke-20. Selang 17 minit, Manaf mengikat kedudukan kepada 3-3 selepas meloloskan diri daripada perangkap ofsaid untuk menyambut bola hantaran jauh Zairo Anuar Zailani, tetapi T-Team yang menang 3-1 dalam perlawanan pertama, bangkit sebelum tamat babak pertama menerusi Haris Safwan Kamal.

Terengganu yang enggan mengalah kepada pasukan ‘adik’ memperoleh gol ketiga hasil rembatan Mohd Ashaari Shamsuddin (m72) sebelum Firdaus Fauzi memastikan gol kemenangan lima minit selepas tambahan masa.

Di Stadium Selayang, Kedah memastikan tempat ke separuh akhir dengan kemenangan 5-0 ke atas Tentera dan agregat agregat 6-1, dengan pesta gol pelawat bermula dengan sepakan percuma minit ke-10 Baddrol Bakhtiar yang menewaskan penjaga gol, Khairul Anuar Mohd, dan satu lagi pada tambahan masa babak pertama.



Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan dipaksa bekerja keras sebelum menang 3-1 ke atas KL Plus untuk mara dengan agregat 3-2. Idris Karim membuka jaringan pada minit ke-66 untuk Negeri tetapi pantas disamakan Mohd Fadzli Shaari seminit kemudian.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan Selangor mudah mengatasi Pos Malaysia 3-0 untuk mara dengan agregat 8-1,menerusi jaringan R Surendran (m2, 41) dan Rudie Ramli (m38)...

14 Mac 2010

DATUK LEE CHONG WEI TAKHLUK EDISI KE-100

Dipetik dari BH..

pix_gal0
Benam pemain Jepun final Seluruh England

KEBANGKITAN pemain remaja Jepun, Kenichi Tago akhirnya disekat pemain perseorangan utama negara, Lee Chong Wei 21-19, 21-19 pada final kejohanan badminton Seluruh England, awal pagi tadi – sekali gus menyaksikan pemain nombor satu dunia itu mencipta bangga mengecapi gelaran pertama dalam kejohanan berprestij itu

Lebih istimewa, kejayaan Chong Wei muncul pada edisi ke-100 Seluruh England, selepas mencatat pencapaian terbaik, tahun lalu selaku naib juara apabila tewas kepada jaguh China, Lin Dan yang tersingkir kepada rakan senegara, Bao Chun Lai pada suku akhir. Kejayaan Chong Wei kali ini mengulangi kegemilangan dicatat Muhammad Hafiz Hashim pada 2003 yang menamatkan kemarau 36 tahun negara menjuarai perseorangan lelaki Seluruh England (kali terakhir oleh Tan Aik Huang pada 1966).

Tago bagaimanapun terlebih dulu membuka langkah pada set pertama dengan mengutip empat mata awal dan mengekalkan kelebihan itu sehingga mata ke-15, sebelum dikejar Chong Wei yang memastikan kemenangan dalam tempoh 21 minit.

Di set kedua, Chong Wei terpaksa mengerah seluruh tenaga sebelum menang 21-19.

Tine Rasmussen dari Denmark muncul juara perseorangan wanita menewaskan pilihan pertama dari China, Wang Yihan dari China, 21-18, 18-21, 21-19.

TAHNIAH !!!!!!!!!

11 Mac 2010

KEPUTUSAN SPM..

HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang  rakan  selepas mendapat 15A  dalam  SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh  20A pada 2008.

HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang rakan selepas mendapat 15A dalam SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh 20A pada 2008.
Pencapaian SPM 2009 membanggakan, 7,987 peroleh gred cemerlang

PUTRAJAYA: Seramai 7,987 atau 1.99 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 memperoleh gred cemerlang (A+, A dan A-) bagi semua mata pelajaran yang diambil, berbanding 6,277 atau 1.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 214 calon Kementerian Pelajaran serta 41 calon persendirian, swasta dan tajaan agensi, mendapat gred cemerlang tertinggi A+ mengikut penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu. Menerusi penggredan baru itu, pelajar diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.

Dalam keputusan SPM yang diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, semalam dua calon mendapat keputusan A+ bagi semua 15 subjek, satu calon (14 subjek), tiga calon (13 subjek), 19 calon (12 subjek), 59 calon (11 subjek), 79 calon (10 subjek) dan 51 calon (sembilan subjek).

Sambil menyifatkan pencapaian keseluruhan tahun ini membanggakan, Alimuddin berkata, 364,046 calon mendapat sijil SPM kali ini, berbanding 347,443 pada 2008.

Beliau berkata, walaupun peratusan bagi 2009 dan 2008 adalah sama, iaitu 90.8 peratus, ada pertambahan calon seramai 16,603 yang berjaya mendapat sijil SPM kali ini.
Katanya, Gred Purata Nasional (GPN) SPM menunjukkan pencapaian lebih baik, iaitu 5.34 berbanding 5.51 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, 68,131 atau 17 peratus calon sekolah Kementerian Pelajaran mendapat sekurang-kurangnya gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 60,902 atau 15.9 peratus pada 2008.

Bagaimanapun, katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G turut meningkat, iaitu 4,626 atau 1.15 peratus berbanding 2,589 atau 0.67 peratus pada tahun sebelumnya.

Alimuddin turut mengumumkan Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, sebagai pelajar terbaik SPM 2009 dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

Sembilan pelajar terbaik lain ialah Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor); Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan); Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis); Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan); Amelia Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor); Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan); Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka); Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor) dan Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

Sembilan lagi sekolah terbaik pula ialah Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Kuala Lumpur; Sekolah Tun Fatimah, Johor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Tahun lalu, 465,853 pelajar menduduki SPM membabitkan 406,420 atau 87.2 peratus calon Kementerian Pelajaran; calon persendirian perseorangan (32,561/tujuh peratus), calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan sekolah swasta (11,036/2.4 peratus); sekolah menengah agama negeri (8,765/1.9 peratus), manakala Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah Kementerian Pertahanan (7,071/1.5 peratus).

Alimuddin juga berkata, 258 daripada 538 calon istimewa atau 51.9 peratus berjaya mendapat sijil SPM berbanding 208 atau 47.8 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, seorang calon rabun penglihatan berjaya mendapat keputusan cemerlang 4 A+, 3 A, 4A- daripada 11 mata pelajaran yang diambil, manakala seorang lagi mendapat 4A+, 3A, 3A- daripada 10 mata pelajaran.

Mengenai pencapaian sekolah, beliau berkata, 66 sekolah dikategorikan cemerlang, 278 baik, 1,654 pada tahap memuaskan dan 143 berpotensi.

Beliau berkata, calon yang mendapat gred cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu turut menunjukkan peningkatan daripada 25.4 peratus pada 2008 kepada 31.3 peratus tahun lalu, manakala Bahasa Inggeris meningkat kepada 75.6 peratus berbanding 73.9 peratus pada tahun sebelumnya.

Seramai 97,341 atau 24.3 peratus calon memperoleh sijil GCE O-Level untuk Bahasa Inggeris 1119 berbanding 87,383 atau 22.9 peratus pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, 15,289 atau 3.8 peratus calon berjaya memperoleh gred 1A atau 2A berbanding 12,645 atau 3.3 peratus sebelum ini.

Mengenai Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Alimuddin berkata, 3,138 calon berjaya memperoleh sijil itu berbanding 3,098 pada tahun sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 422 memperoleh keputusan Mumtaz (cemerlang) berbanding 562 pada tahun sebelumnya......