NS dapat suntikan jumpa Pahang
![]() PENJAGA gol Johor FC, Mohd Anis Faron lebih dominan ketika diasak pemain Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha, kelmarin. |
Selepas belasah Johor FC kelmarin
KEMENANGAN besar Negeri Sembilan mengatasi Johor FC 5-3 dalam saingan Piala FA di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin bakal menjadi pembakar semangat buat pemain skuad berkenaan itu ketika mereka turun membuat perhitungan dengan Pahang, dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Makmur Kuantan, esok. Kapten pasukan, Rezal Zambery Yahya mengakui kemenangan besar itu bakal memberi kesan positif kepada semangat dan keyakinan pemain skuad itu untuk meneruskan aksi cemerlang dalam usaha meletakkan pasukan pada landasan kemenangan.
“Saya akui kemenangan ke atas Joh
or FC malam tadi (kelmarin) itu sudah pasti akan dapat membantu ke arah meningkatkan lagi keyakinan kami dalam mengharungi saingan sama ada dalam Piala FA mahu pun Liga Super.
“Namun kami tidak boleh cepat berpuas hati, lebih-lebih lagi dalam perlawanan menentang Pahang, Selasa ini, kerana Pahang belum lagi tewas di halaman mereka sendiri dan ia sudah tentu menuntut aksi cemerlang setiap pemain untuk memastikan ke
putusan memihak kepada Negeri Sembilan,” katanya semalam.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata pemain tidak boleh ambil mudah sebaliknya perlu mengekalkan prestasi cemerlang dan memberikan persembahan terpuji untuk memastikan tiga mata mampu dibawa pulang ke Seremban.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
K0mEn...