CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

02 Januari 2010

UTUSAN HARI INI..

Islam perlu bersatu


Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ir. Shaik Hussein Mydin (depan, lima dari kiri) bersama sebahagian dari Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Negeri dan pemimpin UMNO bahagian mengangkat tangan sebagai tanda membantah penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly di hadapan Masjid At-Takwa di Mak Mandin, Seberang Perai, semalam.


KUALA LUMPUR 2 Jan. – Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini membenarkan akhbar mingguan Gereja Katholik, Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.

Beliau memberitahu, akidah bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah kerana ia adalah perkara wajib dalam Islam.

Katanya, meskipun tiada tindakan yang akan dilakukan oleh pihaknya, namun sebagai pemimpin Islam beliau akan sentiasa menyokong bantahan dan rayuan yang dilakukan.

“Saya menyeru lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan umat Islam supaya bangkit menyuarakan hak agama Islam yang sedang diceroboh.

“Pada masa sama saya dan seluruh umat Islam yang lain akan terus bersatu menyokong rayuan yang akan dilakukan kerajaan,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K0mEn...


MIOU