CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

09 Januari 2010

JUARA VS JUARA.........

Selangor, NS janji saingan getir

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my

NEGERI Sembilan dan Selangor masing-masing menjanjikan satu persembahan terbaik menerusi barisan kesebelasan utama yang bakal diturunkan dalam Perlawanan Sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Kedua-dua pasukan elit yang mendominasi pentas Liga Malaysia, musim lalu itu bertekad untuk membariskan pemain terbaik memenangi trofi itu kerana mengakui saingan amat sengit kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri serta rekod membanggakan.

Jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan menyifatkan pasukannya memiliki kelebihan untuk memenangi trofi pertama, musim ini, walaupun akur peluangnya seimbang ketika Selangor bukan calang pasukan yang penuh berpengalaman.


“Aksi di halaman sendiri lazimnya satu kelebihan untuk menang tetapi ia bukan suatu jaminan kecuali pemain dapat memberi persembahan terbaik tanpa banyak kesilapan,” katanya pada sidang media di Paroi, petang semalam yang turut dihadiri jurulatih Selangor, K Devan serta kedua-dua kapten pasukan, Rezal Zambery dan Mohd Amri Yahya.

Bagi Devan, misinya adalah untuk mempertahankan piala berkenaan dan akan memastikan barisan kesebelasan utama yang akan diturunkan malam nanti melaksanakan tugas itu dengan baik.

Beliau yang berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sejak pra-musim, yakin Selangor mampu mencapai kejayaan kerana menjadi misinya untuk membawa pasukan mencapai prestasi lebih baik musim ini dengan membawa masuk beberapa pemain berwibawa.

Begitupun, dia akur amat menghormati Negeri Sembilan yang mencapai prestasi membanggakan dan dalam perlawanan malam ini, dia menjangkakan satu saingan sengit.

“Selangor akan berusaha mencuri satu mata pada tempoh 90 minit perlawanan dan berhasrat mencipta kejayaan pada waktu penentuan terakhir untuk memastikan trofi sumbangsih ini kekal bersama Selangor,” kata Devan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K0mEn...


MIOU