CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

12 Ogos 2009

PENGALAMAN MENJADI JUTAWAN

"Aku kini bergelar jutawan. Impianku yang dahulunya dianggap angan-angan telah menjadi kenyataan. Aku bergelar jutawan melalui 'ANDA BOLEH MENJADI JUTAWAN POWER ROOT'. Aku boleh tinggal di rumah yang besar, memandu kereta yang mewah dan pelbagai lagi yang indah dan mewah.
Suatu hari aku pergi bercuti di Pulau Langkawi yang dahulunya menjadi tempat angan-anganku. Aku melihat permandangan yang indah dan menghirup udara yang sungguh nyaman sekali. Sungguh menggembirakan. Aku menginap di sana selama 3 hari 2 malam lamanya dan meninggalkan rumah banglo ku yang berada di tempat kediaman utama ku itu.
Apabila tiba masanya, aku balik ke rumah banglo ku itu. Sesampainya disana aku lihat hanya ada sebuah rumah batu yang berwarna putih krim sahaja. Tiba-tiba kedengaran suara orang memanggil namaku. Aku berpaling ke belakang. Ha! Sebiji batu berwarna hitam legam melekat di muka ku...
Aku tersedar dari tidur. Rupa-rupanya aku hanya bermimpi. Batu tersebut ialah bantaal ku yang dibaling oleh adik ku itu. Aku begitu marah padanya lalu membalingnya semula. Hati ku berasa kecewa dan sedih. Tiada lagi banglo, kereta mewaah dan lain-lain lagi nampaknya. Oh!!! Sungguh malang nsib ku ini... Hua hua huah..... aku menangis sendirian.. huuhuhuhuhuhu... "

SEBUAH CORETAN DARI DAIRY SESEORANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K0mEn...


MIOU