CUBALAH MAIN.... BEST!!!!

15 Ogos 2009

MARI BELAJAR SILAP MATA



REBEN TIDAK PUTUS

Barang yang diperlukan:
i) reben
ii) gunting
iii) sampul surat

Cara membuatnya:
1. Gunting dan buang kedua-dua
tepi sampul surat supaya ia menjadi sarung
seperti yang ditunjukkan.

2. Masukkan reben kedalam sampul surat
tersebut dari satu hujung ke hujung yang satu lagi.

3. Pegang di bahagian tengah sebelah atas sampul surat tersebut dan gunting sampul surat
sehingga hampir terputus.

4. Pegang sampul surat itu dengan sebelah tangan dan tarik keluar reben itu perlahan-lahan
dengan sebelah tangan yang lagi satu.

5. Penonton akan terkejut apabila mendapati reben itu tidak terputus.

Rahsia Pertunjukkan:

Sebelum pertunjukkan, potong celah-celah pada 2 bahagian di belakang sampul surat.Celah-celah yang telah dipotong mestilah menghadap anda dan tidak dapat dilihat oleh penonton.Semasa anda memasukkan reben ke dalam sampul surat semasa pertunjukkan,pastika anda memasukkan reben tersebut seperti yang ditunjukkan.

Apabila anda menggunting sampul surat itu, masukkan bilah gunting di bahagian bawah itu antara sampul dan reben dan guntingkan sampul surat sehingga hampir terbelah dua.Pastikan anda tidak menggunting bahagian tengah reben.Pegang bahagian tengah di sebelah atas sampul surat dan tarik keluar reben itu perlahan-lahan tanpa melepaskan sampul surat itu.

Dipetik dari buku SILAP MATA oleh Jaffry dan TSP. Qally






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

K0mEn...


MIOU