Hari ni sekolah Mardhi menyambut hari kanak-kanak.. Sepatutnya 30/10 dulu tapi dah ditangguhkan jadilah hari ini..... Tapi.. xde sukaneka..Sbb padang basahh..hmmm... Ye!!! Ari ni dah dapat masukkan emoticon kat post entry... ni nampak ni? Ha.. banyak kan? Semua ni blaja kat blog Almansuqie... hmmmm ... Pas ni xtau lagi la nak tambah ape.. Rasanye nak tambah background kat blog ni.. tapi x reti la... x paham yg die tulis tu... x pela. blaja lain kali la.... Eliene pindah dah.. Hari ni last.. Tadi lah.. Nasib baik sempat bagi die hadiah dan ambik gambar ngan die... heheheheh...Ape-pe pon buat Eliene ...Selamat Maju Jaya DiSekolah Baru....
Pergi Haji ertinya menuju Allah yg Esa Memberi hati dan diri yg hina Memberi hadiah kpd Allah Berhati-hatilah menghadapnya.. Setiap hamba pergi Haji dgn segala yg baik Hati yg baik akhlah yg baik Harta yg halal hati yg bersih Niat yg suci amal mulia...
Pergi Haji ilmu tentangnya mestilah ada Agar syarat dan rukun tempat sempurna Sah dan batalnya dapat dijaga Agar amalan hajinya tidak sis-sia... Tatatertib dan akhlak kenalah jaga Buatlah dgn tenang serta tawadhuk Sabar dan tolak ansur mestilah Jgn berkasar merempuh manusia....
Tanah Haram jagalah pantang-larangnya Pergi Haji bukannya masa utk membeli-belah Beringatlah betulkanlah niat kita Moga-moga haji kita diterima..
Jagalah pantang larangnya Yg boleh rosakkan Haji Jauhkan maksiat dan yg sia-sia Takutkan Allh yg Esa Ingat selalu padanya Agar kita sentiasa Memiliki jiwa hamba.................... SELAMAT MUNUNAIKAN HAJI!!
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yangada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanyadapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasilkan kecemerlangan."